cuccuk Tan Umar

cuccuk Tan Umar
Cuccuk Tan Umar

Jumat, 14 Januari 2011

PENEROKAAN

PENEROKAAN bidang teknologi maklumat dalam penggunaan komputer membawa kepada pelbagai kemudahan yang memberi peluang manusia meneroka pengetahuan berkaitan.

Penemuan itu turut memudahkan urusan generasi muda hari ini sekali gus membuka minda mereka dalam menguasai bidang sedia ada antaranya sains, sastera, teknologi, pengurusan  dan perniagaan.
Teknologi itu juga memberi laluan kepada proses perniagaan yang lebih berkesan dan kini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan.
Secara amnya, perkomputeran perniagaan tercetus daripada revolusi  pengenalan sains komputer sekitar 1970-an. Ia semakin berkembang dan hingga kini mencapai tahap canggih dengan pelbagai penemuan terbaru.

Cabang bidang perkomputeran tidak hanya khusus pada sesuatu pengkhususan semata-mata, namun ia mencakupi beberapa aspek dengan mengetengahkan sains komputer sebagai ilmu asas. Pengetahuan itu kemudian berkembang kepada penemuan baru seperti pembangunan perisian komputer.

Proses fizikal dan elektronik yang diguna pakai dalam sistem pengkomputeran hari ini bertitik tolak daripada juruatur cara mengawal mesin secara manual menggunakan tangan. Beberapa keperluan pengiraan ketenteraan menjadi kuasa pendorong dalam pembangunan komputer.

Penemuan seterusnya dalam teknologi elektronik (transistor, litar bersepadu, dan cip) turut mendorong pembangunan komputer secara meluas.
Pembangunan itu selari dengan kemajuan beberapa pilihan bahasa komputer. Pilihan itu menjadi lebih mudah didapati dan digunakan secara menyeluruh.

Ledakan pembangunan itu seterusnya menyebabkan kemunculan internet. Penggunaan itu meningkatkan aplikasi dalam bahasa Pengatur Caraan Komputer antaranya `Java’ dan `Visual Basic’.

Bagi memenuhi keperluan dalam melancarkan kehidupan masyarakat yang kebanyakan bergantung kepada penggunaan komputer, Management & Science University (MSU), menyediakan program berkaitan bagi membolehkan pelajarnya cekap mengendalikan teknologi berkenaan.

Penyediaan program bersesuaian dengan keperluan pasaran semasa itu juga menawarkan kepakaran menyalurkan ilmu untuk keperluan industri selain menjanjikan kerjaya yang mantap sebaik menamatkan pengajian.

Tumpuan kepada pengkomputeran perniagaan itu sesuai dengan keperluan masa kini yang membolehkan peserta mengambil kira keupayaan mereka untuk meneroka lebih luas bidang yang menjanjikan perolehan lumayan.

Pelajar akan didedahkan dengan pelbagai aspek teori  dan praktikal. Pembangunan perisian perniagaan membolehkan pelajar lebih kreatif meneroka peluang sedia ada sama ada untuk pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

Pensyarah di MSU yang begitu komited juga membantu meningkatkan kecekapan pelajar menguasai ilmu berkenaan bagi membolehkan mereka lebih berdaya saing berhadapan cabaran dunia pekerjaan.

MSU melalui Faculty Information Sciences & Engineering (FISE) menawarkan Bachelor in Business Computing atau Perkomputeran Perniagaan. Program pengajian selama tiga tahun itu memberi peluang kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, matrikulasi, sijil dan diploma dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.

Antara bidang pengajian berkaitan yang ditawarkan ialah `Instructional Multimedia`, `Computer Forensic`, `Mobile & Wireless Technology’, `Communication Design and Marketing’ dan Creative Multimedia.

Maklumat lanjut boleh hubungi pihak pengurusan MSU dengan menghubungi Unit Kaunseling & Komunikasi, di talian 03-55216868, sms dengan menaip MSUINFOnama dan emel kepada 019-341 9152/016-356 8251/012-249 6551 atau layari www.msu.edu.my

Tidak ada komentar: